Friday, 17 June 2016




BACAAN AYAT SUCI AL - QURAN OLEH ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI


TAJUK CERAMAH : TURUNNYA NABI ISA

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2011

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : ZAHIRNYA DAJJAL DIBUMI

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  19, JUN 2010

TEMPAT : MASJID AR RIDHUAN HULU KLANG

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : ISRAK MIKRAJ

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2013

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : KAHWIN MUDA BAHAGIA ATAU DERITA

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2013

TEMPAT : UITM SERI ISKANDAR

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : JANGAN PANDAI UBAH HUKUM ALLAH

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2015

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : BERHIJRAH KE ALAM KUBUR

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2013

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK



TAJUK CERAMAH : PERPADUAN

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2015

TEMPAT : WANGSA MAJU

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : BOMOH

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2009

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : BAHANA LIDAH

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2015

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : KIAMAT HAMPIR TIBA

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  17 JULAI 2009

TEMPAT : SURAU AL IMAN, KEMENSAH HEIGHTS, HULU KLANG

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK



TAJUK CERAMAH : KISAH CINTA NABI

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2016

TEMPAT :

KOMEN:  CERAMAH MENARIK



TAJUK CERAMAH : ANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2016

TEMPAT :

KOMEN: CERAMAH MENARIK

BIODATA DATUK USTAZ KAZIM ELIAS


Ustaz Kazim Elias (8554304872).jpg

Datuk Ustaz Kazim Elias (lahir 28 November 1972) adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di Malaysia. CeramahDatuk Ustaz Kazim banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau.
Merupakan pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, IpohPerakDatuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.

Latar belakang

Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, daerah Selama, Perak pada 28 November 1972.Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik. Dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Datuk Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Datuk Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seri BesoutFelda Gunung Besout 1SungkaiPerak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1. Disini lagi beliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Kerjaya & Pengalaman

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru sapel di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga. Namun walaupun dalam usianya yang muda itu, pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.
Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun 1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah, namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau telah mula menjual produk-produk kesihatan dan keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Ustaz Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan perjuangan Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005.

Pusat Pendidikan Al Barakah

Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim telah mengambi inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.
Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.
Kerja-kerja pecah tanah telah dibuat pada 2005 dan Penaung Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu Dato' Kapt (B) Haji Najimuddin bin Elias Al Hafiz telah merasmikan majlis perletakan batu asas Pusat Pendidikan Al Barakah. Bagi membangunkan fasa 1 pusat ini,bangunan seperti surau dan pondok moden berjumlah sebanyak 52 buah telah didirikan. Alhamdulillah pada 21 Oktober 2006, Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Al Barakah telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Besar Perak pada ketika itu, iaitu YB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali.
Semenjak itu Pusat Pendidikan Al Barakah terus berkembang dengan pesat. daripada memiliki sebidang tanah kini Pusat Pendidikan Al Barakah telah memiliki 6 bidang tanah yang terletak berhampiran di antara satu sama lain. Kini dalam usia empat tahun Pusat Pendidikan Al Barakah telah mempunyai kelas pengajian yang dibahagikan kepada 3 iaitu pengajian dewasa, KAFA dan Pengajian Tahfiz. Bagi Kelas Pengajian Dewasa sahaja, jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 orang dan Kelas Agama Albarakah (SRAR) pula mempunyai 400 orang murid bagi kelas sesi pagi dan petang.
Pusat Pendidikan Al Barakah kini telah membangun dan mengubahsuai dewan besar sedia ada yang sekarang boleh menampung lebih dari 400 orang di mana kelas pengajian dewasa dijalankan, surau yang boleh memuatkan 300 orang jemaah dalam satu-satu masa, bangunan pentadbiran, Sekolah Agama Al Barakah dan pondok moden. Jumlah pondok juga telah bertambah dari 52 ke 80 buah. 

Penerima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW)

Penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.


TAJUK CERAMAH : BULAN PUASA BULAN BANYAK PAHALA

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2016

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK



TAJUK CERAMAH : LAYAN DAUN KETUM

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2016

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : BERCINTA DAN WHATSAPP

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :   2015

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK


TAJUK CERAMAH : PERANGAI ORANG PEREMPUAN

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2014

TEMPAT :

KOMEN:  MAKLUMAT MENARIK





TAJUK CERAMAH : MENGAPA ALLAH MENGUJI KITA 

PENCERAMAH : USTAZ KAZIM ALIAS 

TARIKH :  2016

TEMPAT :

KOMEN:  SESUAI UNTUK SEMUA